Isnin, 14 Februari 2011

sejarah valentine's day

             valentine's day dikatakan merujuk kepada kisah seorang paderi atau wali kristian yang berusaha untuk menghubungkan kasih sayang di antara lelaki dan wanita. konon pada zamannya, pemerintah melarang lelaki dari berkasih sayang kerana memerlukan mereka sebagai tentera. tentera hendaklah fokus kepada peperangan dan bukannya kekasih.
             namun terdapat seorang paderi bernama "valentine" yang melanggar perintah ini dan berusha untuk menghubungkan kasih sayang di antara lelaki dan wanita.
dia ditangkap dan dipenjarakan, namun tetap meneruskan usaha menghubungkan kasih sayang ketika di dalam penjara. akhirnya dia dihukum bunuh pada 14 februari. diriwayatkan bahawa sebelum hukum dijatuhkan, dia menulis sebuah kad kasih sayang yang dialamatkan kepada anak gadis orang yang memenjarakannya. dalam kad itu tertulis "from your valentine."
            demikian cerita yang masyhur tersebar berkenaan asal-usul valentine's day. walau bagaimanapun, pakar-pakar sejarah menyatakan tidak ada bukti kukuh untuk menyokong cerita tersebut. dalam sejarah kristian, terdapat tiga orang paderi yang bernama "valentine." setiap mereka hidup pada tempat dan masa yang berlainan. lebih penting, tiada apa-apa kisah "kasih sayang" yang secara khusus dapat dikaitkan kepada mereka. konsep hari kasih sayang dan tarikh 14 februari hanya bermula pada kurun ke14 masihi, beratus-ratus tahun selepas ketiga-tiga paderi tersebut meninggal dunia.
           berdasarkan hakikat ini, dapat disedari bahawa orang-orang yang mengkhususkan tarikh 14 februari sebagai hari kasih sayang atau valentine's day sebenarnya tidak memiliki apa-apa sebab di sebaliknya. mereka hanya mengikut orang ramai yang turut meraikannya sementara mereka sendiri tidak memiliki apa-apa sebab di sebaliknya. mereka hanya meraikannya berdasarkan sangkaan sementara islam sejak awal telah melarang kita dari mengikuti sangkaan orang ramai. Allah berfirman :
               "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." [al=An'aam 6:116]





Tiada ulasan: